Kalau nampak menunjuk-nunjuk dari apa segi pun, I apologize from the bottom, hamba ini masih lemah imannya.
Hari ini 1 Februari, maksudnya isteri saya menginjak ke usia baru, di tahun masihi. Sepanjang perkenalan kami, ini kali ketiga tarikh ini datang. Saya terbangun kira-kira 2pagi, sambil mengingati hari ini harijadi isteri. Biasalah kalau hari istimewa begini kebiasaannya mesti kasi hadiah.
Tapi ketika terbangun ini, tiba-tiba datang flashback. Muncul semua tu imej dalam kepala saya, pengorbanan dan kerja keras isteri saya selama ini, dari saya kenal dia sebagai isteri, kawan dan juga cerita-cerita sebelum kami berkenalan. Isteri saya ini seorang manusia biasa, punya hati yang perlu dibelai dan dijaga. But I'm not sure kalau I've done enough. Pada saya dia salah seorang contoh perempuan yang terbaik, menjaga kebajikan dan makan minum suami dan anaknya. Sedap pula tu masakan dia, pandai buat kek lagi, cantik lagi. Apa lagi yang saya mau?
Teringat lagi hari bersejarah 20 mac 2011, ketika berada di wad bersalin, betapa sakitnya isteri saya melahirkan anak kami. Walaupun bukan saya yang terasa sakit, tapi melihat wajah isteri serta kepayahannya saat itu, Allah saja yang tahu perasaan saya. Mungkin bapa-bapa yang pernah tgk isteri dorang beranak pun tau jugalah.
Jadi, tergerak hati saya untuk bangun dan solat sunat, mendoakan kesejahteraan isteri, supaya jiwanya bersih dan suci, supaya menjadi seorang insan yang taat kepada perintah Tuhan, menjadi wanita yang solehah serta untuknya segala kebaikan yang ada di muka bumi ini. Semoga diberi kelembutan pada hati dan jiwanya. Saya juga berdoa, agar di hari ini, isteri saya akan berasa tenang dan gembira segembiranya.
Ada hikmah kenapa kita dipertemukan untuk menjadi suami isteri, iaitu untuk melengkapi antara satu sama lain. Now, kita lebih lengkap dengan adanya Adelise. InsyaAllah, masih buli 'lengkap' lagi hehe.
Happy birthday yang ke 27 sayang!
Assalamualaikum wbt.
3 comments:
Good husband u r and dazeree is one lucky lady, wife and mommy. U r one good example for ur children to appreciate mom and eventually will adore you :-)
Happy birthday Dazeree :-)
May God bless you my son.. Mom was touched how deep is your appreciation to your beloved wife..love and care her as much as you love n care yourself..to my my daughter in law Daz..Happy belated birthday and May God bless you .
Loves from Mom :)
ya beruntung dpt wife mcm dia..biar pun nda betegur tp dia nda sombong...murah ngan senyuman dia
Post a Comment