Sunday, October 24, 2010

Gambar Belasan Tahun

Mungkin 17,18 or 19 tahun?

Monday, October 4, 2010

Kembali

Saya dapat rasakan yang 3 bulan terakhir 2010 ini akan menjadi tempoh masa yang sibuk dan produktif. Ini kerana saya sendiri yang mahu ianya sedemikian. Tambahan pula sekarang sudah bergelar suami dan insyaAllah tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa. Matlamatnya adalah supaya setiap perkara yang dibuat itu bukanlah sia-sia, dan sebaiknya ada hikmah atau faedah tidak kira secara langsung ataupun tidak. Bila minda bercelaru, bila terasa ragu, yang penting tahu hendak bersujud kepada Allah. Dan sepatutnya, ingatan kepadaNya itu adalah sentiasa, setiap masa.

Semakin hari, kita ini bertambah dewasa dan seharusnya lebih memahami rencah dunia dan ragam manusia. Kita tidak sempurna. Cara melihat dunia pun jadi lain. Cara penerimaan juga berbeza. Yang penting, walau berbeza macamana sekalipun, jadilah makhluk Allah yang sentiasa memperbaiki diri dan berlaku baik.

Friday, October 1, 2010

Aku Pemuzik

"Muzik muzik muzik. Aku mahu jadi pemuzik. Aku mahu jadi penyanyi. Aku mahu jadi penulis lagu."

Bukan itu yang ada dalam fikiran semasa saya lebih muda dulu. Masa remaja dulu lebih banyak mengulangkaji. Main gitar hanya sekadar hobi. Tapi sekarang, mungkin kerana lebih dewasa, maka proses membuat keputusan berbeza dari dahulu. Setelah merantau, jauh dari keluarga, dunia ini tampak lain rasanya. Apa yang saya buat sekarang ini adalah tidak disangka2 dan tidak dirancang. Namun walaupun tidak dirancang oleh saya sendiri, saya yakin DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya.

- Alvin Mahathir Yunus -